WELCOME TO DID ( QS SECTION)

You are entering into a zone where probably you may not know what is it inside... Take ur time to explore and please do not forget to let us know, what you have encountered..

06 June 2006

KOTA KINABATANGAN

Oleh : Encik Callixtus Tamin


Sempena dengan kursus Executive Induction Program (EIP) Module 4 yang diadakan dari 8 – 26hb Mei 2006 yang lalu, pihak urusetia EIP telah membawa para peserta untuk merentangi pergunungan banjaran Crocker untuk melawat Kota Kinabatangan, sebuah daerah, yang pada suatu ketika dahulu, merupakan sebuah daerah yang terbesar di negeri Sabah. Namun, setelah persempadanan semula, maka saiz kawasan Kinabatangan telah menjadi lebih kecil berbanding yang terdahulu.

Tujuan lawatan diadakan adalah berkait rapat dengan satu topik yang dipelajari di dalam Module 4 ini iaitu Pengurusan Krisis. Banjir yang melanda Kota Kinabatangan pada awal tahun ini telah menyebabkan pihak EIP berminat untuk membawa rombongan ini menyelami dan ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana pihak berkuasa tempatan menangani masalah banjir ini. Sememangnya, punca utama merupakan pembangunan di kawasan sekitar terutamanya penanaman kelapa sawit yang begitu berleluasa serta pembalakan haram. Taklimat mengenai bencana banjir ini telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Daerah Kinabatangan.





































**Gambar gambar diatas menunjukan Pusat perniagaan Pekan Kota Kinabatangan pada suatu masa dahulu. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling teruk dan sering dilanda banjir sehingga mencecah paras bumbung. Dasyat......





















** Gambar gambar di atas menunjukan pusat pentadbiran Kota Kinabatangan pada masa ini. Bangunan bangunan konkrit merupakan pemandangan yang biasa di kawasan ini. Rest house kerajaan juga menyediakan satu ruang selesa terhadap pengunjung yang ingin bermalam di daerah ini. Pemandangan ala ala "Hollywood" juga sudah pasti mengingatkan kita kawasan ini tidak hilang dari arus kemodenan.


Rombongan ini juga telah melawat Kawasan Sukau yang terkenal dengan Probosis Monkey dan Gua Gomantong. Satu pengalaman yang memang menyeronokan sambil melihat keindahan alam semulajadi yang begitu indah. Terlintas jugg di fikiran, mampukah kawasan tersebut bertahan 20 tahun, 30 tahun yang akan datang?








































Semoga lawatan pada kali ini akan menjadi pendorong kepada semua agar peka terhadap persekitaran alam yang semulajadi. Pembangunan sesuatu kawasan harus mengambil kira keadaan alam semula jadi di sekeliling agar tidak dimusnahkan untuk generasi yang akan datang. Kepnetingan khazanah alam harus dititikberatkan dalam aspek membangunkan sesuatu kawasan.


Berminat untuk ke Kinabatangan??? Sila layari website Pejabat Dareah Kinabatangan untuk keterangan yang selanjutnya....

2 Comments:

At 3:06 PM, June 06, 2006, Anonymous Anonymous said...

"Tujuan lawatan diadakan adalah berkait rapat dengan satu topik yang dipelajari di dalam Module 4 ini iaitu Pengurusan Krisis. Banjir yang melanda Kota Kinabatangan pada awal tahun ini telah menyebabkan pihak EIP berminat untuk membawa rombongan ini menyelami dan ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana pihak berkuasa tempatan menangani masalah banjir ini"

Boleh share mengenai cara pihak berkuasa tempatan menyelesaikan masalah yg dihadapi?

Terima kasih.

Waily

 
At 8:38 PM, June 12, 2006, Anonymous Anonymous said...

wow boss... banyak gambar... very informatif baa...

jadi bila melawat monyet tu... ada ka iras-iras macam muka sia ni??? ha...ha...

 

Post a Comment

<< Home