MAJLIS BERSAMA MENTERI
Majlis ini telah diadakan pada 4hb Mei 2006 jam 8.30 bertempat di lobi Bangunan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang telah dihadiri oleh hampir kesemua ketua ketua jabatan dan kakitangan dibawah KPIM. Majlis ini diadakan sekali dalam 3 bulan.
Semua kakitangan di bahagian Ukur Bahan telah menghadiri majlis ini kecuali Puan Rasimah Kamin yang telah ditugaskan oleh Ketua Bahagian untuk menjaga pejabat. Amanat yang diberikan oleh Menteri KPIM amat berharga untuk semua kaitangan khususnya kakitangan JPS Sabah.
Antara isu yang dibangkitkan didalam ucapan adalah untuk mengutamakan sistem delivery di semua jabatan. Beliau juga menggesa kakitangan agar mengurangkan 'coffee break" untuk mengatasi isu ini. Kalau boleh, dihapuskan sama sekali bagi menatapkan lagi sistem delivery di jabatan masing masing.
Majlis tersebut selesai pada jam 9.30 pagi.
2 Comments:
surat dulu cakap 1 kali satu bulan bah perhimpunan ni..
Kamarin Datuk Greg cakap sekali dalam 3 bulan.... sia ikut je lahhhh
Post a Comment
<< Home