JAYANTI BINTI JAYA
Bahagian QS telah menerima seorang pekerja tambahan bermula pada awal bulan ini. Jayanti Binti Jaya yang berjawatan Pembantu Tadbir Rendah telah "dipinjamkan" ke section QS ini daripada Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan untuk menolong kerja kerja yang semakin banyak terutamanya pada masa terdapatnya penjualan tender.
Beliau mula bertugas dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah sejak 1995 dan telah ditempatkan di bahagian Pentadbiran sejak dari mula bekerja lagi. Anak kelahiran Tamparuli ini yang berbangsa Dusun sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak.
Adalah diharapkan agar beliau dapat menyesuaikan diri dalam menjalankan tugas seharian di bahagian ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home